Script Reg.

PENDAFTARAN KARYA

Ahli SWAM disarankan mendaftarkan karya masing-masing. Hanya RM10.00 senaskhah; bukan ahli RM50.00 senaskhah. Walaupun tidak wajib, ia satu langkah berjaga-jaga jika berlaku pelanggaran hakcipta. Bukti pendaftaran boleh dikemukakan di mahkamah dan membantu penulis. Pendaftaran Karya ini satu “Voluntary Notification” oleh penulis kepada Persatuannya. SWAM akan mengeluarkan satu sijil rasmi kepada penulis bagi pendaftaran ini.

Pendaftaran Karya melibatkan 2 dokumen: (1) Borang Permohonan Pendaftaran (2) Sijil Pendaftaran. Kirimkan Borang Permohonan Pendaftaran beserta Akuan Bersumpah dan bayaran RM10.00 (RM50.00 bagi bukan ahli). Borang Permohonan Pendaftaran boleh didapati daripada S/U Kehormat melalui e-mel swamadmin@gmail.com. Sijil akan dikeluarkan oleh SWAM kepada penulis skrin setelah didapati dokumen lengkap. Contoh Sijil boleh dilihat di bawah ini.

PERSATUAN PENULIS SKRIN MALAYSIA

SCREENWRITERS GUILD OF MALAYSIA (SWAM)

Ditubuhkan 1996 No. Pendaftaran 2401/96 WP

Kompleks Studio Merdeka FINAS, Lot 1662 Jalan Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor DE

Tel 012 399 1535 Fax 03 6141 2319  e-mel swam_malaysia@yahoo.com, swamadmin@gmail.com

I   N   D   U   S   T   R   I       S   K   R   I   N       B   E   R   M   U   L   A       D   I       S   I   N   I       !

Nombor:

00001/09

SIJIL PENDAFTARAN KARYA

Dengan ini adalah disahkan bahawa setelah Ahli memohon untuk pendaftaran dan mengemukakan butiran yang diperakukannya benar mengenai Karyanya dan tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan semasa permohonan dan yang berkuatkuasa maka Karya yang butirannya dinyatakan berikut ini telah didaftarkan pada PERSATUAN PENULIS SKRIN MALAYSIA sebagaimana kuasa yang diperuntukkan oleh Fasal 22.6 Perlembagaan SWAM pada tarikh yang dinyatakan di bawah ini:

KARYA

TAJUK PENULISAN
GENRE
MEDIUM
FORMAT
BIL. MUKA SURAT
DURASI (min.)
LOGLINE / CP /  SLI

PENULIS

NAMA NO. AHLI
NO. KP BARU E-MEL
NAMA PENA jika ada NO. TELEFON / HP
ALAMAT POS
POSKOD NEGERI

Disemak & Tandatangan: ……………………………..        Tarikh Didaftarkan: ……………………………………..………

Nama dan Jawatan: …………………………..……….         Tandatangan Pendaftar: ………………………………………

Tarikh: ………………………………………………..…          Nama Pendaftar: ……………………………………………….

PANDUAN

TAJUK PENULISAN

Ini adalah nama tajuk penulisan anda. Ia mungkin tajuk sementara sahaja atau working title.

GENRE

Contoh genre ialah Melodrama, Aksi, Komedi, Drama Berat, Period dan sebagainya.

MEDIUM

Contoh medium ialah Filem Cereka Pawagam, TV, TV Satelit, Internet Movie, VCD, DVD dan sebagainya.

FORMAT

Contoh format ialah Filem Cereka, Dokumentari, Animasi dan sebagainya.

BIL. MUKA SURAT

Bilangan muka surat naskhah karya anda yang didaftarkan pada SWAM.

DURASI

Jangkaan atau anggaran panjang karya anda (dalam minit) jika dihasilkan sebagai karya skrin.

LOGLINE / CP / SLI

Log-line, Central Paradox, Single-Line Idea bagi karya anda. Hendaklah ditulis jelas dan menepati kandungan karya anda. Anda dinasihatkan mengutamakan kesan menarik atau memikat hati apabila pembaca membaca sinopsis anda.

12 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. boleh tak saya dapatkan contoh penulisan skrip/skrin untuk filem /drama.??..saya perlukan untuk rujukan penulisan saya, macamana nak dapatkan sebarang rujukan berkaitan penulisan???

    • Semasa Hari Terbuka FINAS 20-21 Feb 2010 di Hulu Kelang, SWAM ada pamerkan pelbagai contoh skrip yang telahpun diproduksikan. Anda boleh memesan salinan untuk rujukan dengan dikenakan khidmat fotostat dan belanja pos. S/U Kehormat dah dimaklumkan mengenai minat puan ini. Puan akan dihubunginya. Terima kasih.

  2. Saya baru nak berjinak2 dgn penulisan skrip…adakah SWAM tempat yang sesuai bagi saya mempelajari teknik2 menulis skrip atau saya perlu menghadiri kursus di tempat lain terlebih dahulu?🙂

    • Terima kasih kerana bertanya. Puan boleh terus menjadi ahli SWAM dan boleh terus ikuti kursus pendek anjuran SWAM. Penulis berpengalaman juga terus ikuti kursus kerana proses pembelajaran tiada hadnya. Juga tiada halangan bagi puan ikuti kursus penulisan skrip anjuran pihak lain.

  3. Saya sedang dlm proses menubuhkan sebuah syarikat produksi . Bagaimana saya boleh dapatkan akses kepada nama2 penulis skrip dan trek rekod mereka? By any chance saya boleh dapatkan skrip skrip yang telah sedia ada untuk saya pertimbangkan untuk diterbitkan? Di mana dan bagaimana?

    • Terima kasih kerana bertanyakan hal mengenai Persatuan ini. Pada masa ini senarai ahli yg disediakan khusus utk tujuan mempromosikan karya mereka sedang disediakan. Senarai ini dijangka dimasukkan dalam laman ini tidak lama lagi. Bagaimanapun anda boleh menghubungi terus mana-mana AJK (nama dan no. telefon mereka pada m.s. Committee) utk mendapatkan info awal. Benar, sudah ada beberapa skrip yg sudah siap utk dijual. Anda mungkin dihubungi terus oleh pihak yg berkenaan. Semoga anda berjaya!

  4. salam…macam mana nak jadi ahli swam?dan bagaimana nak dapatkan borang untuk mendaftarkan karya?

    • Permohonan untuk menjadi ahli adalah dengan mengisi borang (boleh didapati melalui e-mel drp Sekretariat SWAM, H/P 0148319870 Leni) dan menyertakan bayaran RM150.00 (Pendaftaran RM100.00 + Yuran Tahunan RM50.00) untuk pertimbangan JK. Kalau anda pelajar, yuran tahunan RM20.00. Alamat SWAM — NO. 27-1 JALAN 3/4C DESA MELAWATI, 53100 KUALA LUMPUR ● E-mel swam_malaysia@yahoo.com ● TEL. 0192605455 (S/U Kehormat)

  5. Assalamualaikum.

    When is the next script writing course. I
    am really interested. Got an interesting
    story to write & tell.

    TQ.

    Tel:012-2879458

  6. Assalammualaikum.

    Saya adalah bekas pelajar Sastera & Sains Sosial yang mengkhusus pada Penulisan Skrip dan Filem. Saya ada beberapa skrip yang mahu diketengahkan. Bolehkah saya menghantar skrip tersebut terus ke sini? Bagaimana caranya? Dan apakah saya perlu mendaftar keahlian terlebih dahulu?

    Terima kasih.

    • Makluman: Ini bukan lagi an official site. Anda tidak perlu hantar skrip ke SWAM. Anda boleh terus usaha dapatkan produser yang berminat dengan skrip anda. Anda juga tidak perlu menjadi ahli SWAM untuk menjual skrip — belum ada undang-undang menetapkan begitu. Setakat ini ada persetujuan (secara longgar) produser TV hanya akan beli skrip drp ahli SWAM. Rahsianya anda perlu promosi karya dan diri anda sendiri secara langsung dgn produser. Dan sentiasa sertai sesi pitching.

  7. Assalammualaikum.

    Saya mahu mendaftar skrip saya di sini, minta di email-kan borang pendaftaran ke alamat email saya. Oh ya, saya tidak mendaftar sebagai ahli, jadi saya perlu membayar RM 50.00 kan? Mohon sertakan sekali bagaimana kaedah pembayaran + panduan pendaftaran + syarat-syarat (jika ada) dll jika saya mendaftar melalui email.

    Terima kasih. ^___^


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: