About SWAM

PERHATIAN: INI BUKAN LAMAN RASMI SWAM

Salam 1Malaysia…

Sedikit Mengenai SWAM
SWAM ialah singkatan bagi PERSATUAN PENULIS SKRIN MALAYSIA (Screenwriters Guild of Malaysia) iaitu sebuah persatuan penulis skrip (atau penulis skrin) yang didaftarkan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada tahun 1996 dengan Nombor Pendaftaran 2401/96 (Wilayah Persekutuan). SWAM aktif mengelolakan kursus dan bengkel penulisan skrip untuk industri filem. SWAM juga aktif mengambil bahagian dalam program yang dianjurkan agensi kerajaan dan badan NGO lain yang ada kaitan dengan pembangunan industri filem.
Satu keistimewaan SWAM ialah keahliannya terbuka kepada warga asing iaitu untuk menjadi Ahli Bersekutu.
Mesyuarat Agung SWAM diadakan setiap 2 tahun, biasanya pada bulan Januari. Kuasa eksekutif SWAM terletak pada Jawatankuasa SWAM yang terdiri daripada Presiden (yang mempengerusikan mesyuarat), Timbalan Presiden, Setiausaha Kehormat, Bendahari Kehormat, Penolong Setiausaha Kehormat, Penolong Bendahari Kehormat dan 6 orang lagi Ahli Jawatankuasa.
Setiap ahli SWAM berhak menggunakan sebutan “SWAM” selepas namanya pada mana-mana karyanya dan pada credit roll filem atau program TV.

Objektif SWAM
Secara ringkasnya objektif SWAM adalah:
o Memaju dan meningkatkan mutu penulisan skrin di samping menjaga kebajikan ahli
o Menyediakan sebuah organisasi dengan kemudahan dan suasana yang merangsangkan interaksi idea dan intelek di kalangan ahli untuk kemajuan bidang penulisan skrin
o Menyediakan peluang dan galakan bagi kemajuan teori dan amali penulisan skrin untuk kemajuan industri kandungan kreatif keseluruhannya
Perlembagaan SWAM memperuntukkan beberapa fasal khusus berhubung cara-cara untuk mencapai objektif-objektif di atas.

Komitmen SWAM
Komitmen SWAM yang paling menonjol ialah kegiatan aktifnya sejak ditubuhkan mengelolakan pelbagai kursus, bengkel, ceramah dan seminar yang menyentuh bidang penulisan skrin untuk industri kandungan kreatif. SWAM komited dengan strategi membangunkan modal insan serta mempercayai bahawa bidang penulisan skrin adalah ibu atau inti terpenting bagi sesebuah kerja kreatif – baik filem, program TV mahupun bentuk-bentuk lain karya kandungan kreatif.
Atas kepercayaan ini, SWAM menggunakan tag-line “INDUSTRI SKRIN BERMULA DI SINI”. SWAM ingin melahirkan lebih ramai penulis skrin yang terlatih dan bertaraf global.

Cabaran
Cabaran utama SWAM adalah untuk mendapatkan pengiktirafan daripada segenap lapisan pengamal industri kandungan kreatif dan juga masyarakat umum. Ini bukan satu perkara mudah di samping ia memerlukan masa untuk dicapai. Ini memerlukan komitmen JK SWAM beserta sokongan dan kerjasama semua ahli. Tumpuan semasa ialah meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ahli dalam bidang penulisan skrin, di samping merapatkan lagi ahli SWAM dengan pengusaha perfileman dan eksekutif stesen penyiaran TV.

Presiden-Presiden SWAM
1. Abdul Wahid Nasir 1996-2002
2. Datin Rosnani Jamil 2002-2005
3. Dato’ Salleh Pateh Akhir 2005-2006
4. Datuk Yusof Haslam 2007-2009
Presiden semasa bagi sesi 2009-2010 ialah Encik Ismail Ahmad berkuatkuasa 15 Februari 2009.

Bagaimana Menghubungi SWAM
Anda hanya perlu telefon atau sms kepada nombor-nombor handset berikut untuk mendapatkan panduan dan borang Permohonan Menjadi Ahli:
0192605455 – Setiausaha Kehormat
0126517095 – Pen. S/U Kehormat
0148319870 – Setiausaha Kerja
SWAM berhasrat memberikan perkhidmatan mesra dan terbaik kepada semua ahli dan orang awam. Maklum balas sentiasa dihargai daripada semua pihak. Jika ada aduan, sila telefon, sms atau e-mel kepada nombor dan alamat yang dinayatakan di atas. Mohon berikan butiran yang mencukupi dan jelas untuk memudahkan tindakan pihak eksekutif SWAM.
Marilah bersama SWAM membangunkan kerjaya penulisan skrin supaya menjadi maju jaya dan menguntungkan seluruh warga penulis.

*************************************************************************************************************************************

7 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. sila hantarkan borang atau sebarang maklumat yang berkaitan dengan pendaftaran Ahli SWAM kepada saya.
    Muzafar Muhammad @ Affa B.Bob
    No.Tel-
    017-9113123
    016-9621123
    E-mail-
    afabbob@gmail.com
    affabbob@yahoo.com

  2. Minta tolong pihak tuan/puan menghantar borang atau sebarang maklumat untuk membolehkan saya menjadi ahli SWAM. Saya mempunyai beberapa karya yang mungkin boleh diketengahkan. Sila hubungi saya ditalian 012-9441770.

    Terima kasih.

    • Hi Ida Zain, borang untuk jadi ahli ada dalam blog ini — boleh dimuat-turunkan. SWAM memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada ahli berhubung penulisan dan berhubung pemasaran karya penulisan. Ramai ahli yang berjaya bersandar kepada usaha gigih masing — dan belajar sabar dan sabar belajar. Kembalikan borang yang disempurnakan dengan foto, wang / Kiriman Wang RM150 (Pendaftaran RM100, Yuran Tahunan RM50) ke alamat SWAM. Selamat berjaya!

  3. saya perlukan maklumat dan borang untuk menjadi ahli swam.
    terima kasih.

    • Saudara boleh muat turun borang permohonan untuk menjadi ahli. Klik pada Blog, dan lungsur ke bawah, saudara akan jumpa tajuk Borang Jadi Ahli. Ada link untuk muat turun Borang Ahli SWAM yg baru.
      Ataupun berikan e-mel saudara kepada swambulletin@gmail.com; kami akan kirim melalui e-mel. Terima kasih.

  4. Salam,Saya ingin menjadi ahli SWAM,tapi saya tidak mempunyai sijil atau ijazah dalam bidang penulisan,bolehkah saya menjadi ahli SWAM?

    • Boleh…! Anda boleh menjadi ahli SWAM walaupun jika tidak memiliki kelulusan dalam bidang penulisan. Pentingnya ialah minat dan kesungguhan anda!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: