Rebutlah Peluang Menjual Karya Anda !

June 12, 2009 at 12:34 pm | Posted in 1 | 4 Comments
Tags: , ,

KEPADA SEMUA AHLI!

REBUTLAH PELUANG MENJUAL KARYA ANDA !

PROJEK FILEM

ASTRO SHAW SDN BHD

Elemen-elemen filem yang ingin diterbitkan:

  1. Cerita mesti berkenaan kebudayaan atau sejarah Malaysia, atau kombinasi antara kedua-duanya. Namun cuba elakkan isu berkaitan politik dan perkauman.
  2. Filem dalam Bahasa Malaysia, namun sinopsis/treatment/skrip boleh ditulis dalam Bahasa Inggeris.
  3. Cerita yang boleh meninggalkan impak kepada industri perfileman Malaysia serta mampu memperkenalkan identiti Malaysia ke pentas antarabangsa.
  4. Cerita juga perlu mampu menembusi pasaran luar negara.
  5. Cerita perlu mempunyai unsur komersial yang mampu memberi pulangan kepada pelaburan yang dibuat Syarikat.
  6. Tidak ada genre tertentu yang ditetapkan, hanya terpulang kepada penulis.

Bagaimana?

  1. Penulis hendaklah menghantar sinopsis tidak lebih daripada 3 mukasurat.
  2. Penulis boleh menghantar sebanyak mungkin sinopsis, namun hanya satu yang terbaik akan dipilih untuk ke peringkat seterusnya.
  3. 10 penulis yang terbaik akan dipanggil untuk sesi pitching bersama panel penilai Astro Shaw.
  4. Hanya 6 sinopsis akan dipilih untuk dikembangkan menjadi treatment. Treatment hendaklah ditulis dalam bentuk “babak demi babak”. Jumlah muka surat tidak dihadkan. Sejumlah bayaran akan diberikan pada peringkat ini.
  5. Daripada 6 treatment, hanya 3 yang terbaik akan dikembangkan menjadi skrip.
  6. Terdapat 3 draf skrip bagi 3 cerita yang terpilih tersebut. Setiap draf akan menerima bayaran. Ketiga-tiga skrip ini bakal menjadi hak milik Astro Shaw Sdn Bhd.
  7. Hanya 1 skrip terbaik akan diterbitkan. Skrip ini akan diberikan bayaran tambahan berdasarkan kepada harga pasaran.
  8. Tarikh tutup untuk menghantar sinopsis ialah pada 22 Jun 2009 (Isnin).

Sinopsis boleh dihantar melalui e-mel ke noraini_ridzuan@astro.com.my atau melalui pos kepada:

Noraini binti Ridzuan

Penyelaras Kreatif

Astro Shaw Sdn Bhd

Unit 1, Tingkat 5, Blok C, MINES Waterfront Business Park

The MINES Resort City

43300 Seri Kembangan

Selangor

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Noraini di talian 03-95436688 samb. 3118.

STRUKTUR PEMILIHAN SKRIP PROJEK FILEM, ASTRO SHAW SDN BHD

1.  SINOPSIS

Penerimaan sinopsis

Penapisan sinopsis

Pitching untuk 10 sinopsis terbaik

Tiada bayaran diberikan

2.  TREATMENT

6 sinopsis dipilih untuk dijadikan treatment

Bayaran RM2,000 bagi setiap treatment

3.  SKRIP DRAF 1

3 treatment dipilih untuk dijadikan skrip

Bayaran RM3,000 bagi setiap skrip draf 1

4.  SKRIP DRAF 2

Skrip diperbaiki sebelum dihantar sebagai draf 2

Bayaran RM2,000 bagi setiap skrip draf 2

5.  SKRIP DRAF 3

Skrip diperbaiki sebelum dihantar sebagai draf 3

Bayaran RM2,000 bagi setiap skrip draf 3

4 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. tarikh akhir????

  2. Tarikh akhir ni ada dinyatakan oleh penganjur iaitu 22 Jun 2009. Terima kasih.

  3. SALAM…
    SAYA BARU JE NAK DAFTRA MASUK SWAM…
    ADA APA2 PROGRAM JARAK JAUH TAK SBB SAYA DARI W.P LABUAN..

  4. Seorang produser sedang mencari penulis skrip untuk projek antarabangsa. Mana-mana ahli SWAM yang tahu menulis Chinese characters atau yang tahu menulis dalam Bahasa Inggeris, sila ambil perhatian: produser memerlukan cerita yang bersifat kembara dan ada adegan-adegan perlawanan. Jika berminat sila hubungi swambulletin@gmail.com atau 0192385577 untuk maklumat lanjut.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: