Jom MESRA BERSAMA SWAM

May 14, 2009 at 9:36 am | Posted in 1 | 1 Comment

Program “Jom MESRA BERSAMA SWAM !”

Peluang keemasan memperkenalkan diri dan karya anda!

Tarikh 10 JUN 2009, Restoran Lemon, Mines Shopping Complex, Sri Kembangan, 8.00 -11.00 malam. Produser, wakil stesen TV dan media diundang ke majlis ini. Anda berpeluang bertemu produser terkenal, En. David Teoh, juga seorang ahli seumur hidup SWAM. Semua ahli disaran menyertai.

Sahkan kehadiran sebelum atau pada 7 Jun 2009 melalui telefon / sms 0162526836, 0123991535 atau e-mel swamadmin@gmail.com. Bayaran penyertaan RM10.00 seorang.

Acara yang dirancangkan ialah:
• Sesi suai-kenal sesama ahli SWAM, lama dan baru, bagi mengeratkan tali silatulrahim untuk faedah bersama
• Sesi pitching one-to-one dengan produser, personaliti filem dan TV dan wakil stesen TV
• Sesi jaringan / networking
• Cabutan Bertuah (Baucar Penginapan, Hamper)(Ahli sahaja)

Bagi kelancaran sesi pitching one-to-one, ahli digesa menyediakan Profil Karya masing-masing. Contoh format boleh didapati di https://swammalaysia.wordpress.com atau juga di http://www.sinemamalaysia.com.my. Sila hantar Profil Karya yang lengkap ke e-mel swamadmin@gmail.com atau terus ke Pejabat SWAM di FINAS (sinopsis tidak lebih 1 muka surat). Semoga karya anda berhasil memikat hati produser dan eksekutif stesen TV.

Jika penyertaan kurang daripada 20, SWAM berhak membatalkan program bagi mengelakkan masa tetamu jemputan terbuang.

BORANG PROFIL KARYA PENULISAN

1 Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. Boleh saya tahu di mana nak dapatkan contoh format Profil Karya?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: