Courses

2010

Berita Terkini

Kursus:           Penulisan Skrin

Tarikh:              11 Dis – 15 Dis 2010 (40 jam)

Peringkat:         Lanjutan

Fasilitator:         Puan Sujiah Salleh (MSc Film, Boston University, USA)

Tarikh:              11 Dis – 15 Dis 2010 (40 jam)

Yuran:              RM250  AHLI SWAM  RM50

 

 

Keterangan kursus:

Kursus lima hari ini akan dikendalikan secara bengkel, merangkumi ceramah, perbincangan dan latihan penulisan. Prasyarat untuk menyertai kursus ini adalah:

  1. Peserta pernah menghadiri kursus asas penulisan skrin sama ada yang dikendalikan oleh SWAM, FINAS, atau mana-mana institusi atau individu bertauliah
  2. Peserta perlu terlebih dahulu menyediakan sebuah sinopsis/ringkasan cerita/rangka cerita yang ingin dikembangkan melalui kursus ini
  3. Peserta mesti membawa bersama komputer riba sendiri

 

Matlamat kursus:

 

Diakhir kursus para peserta akan menyiapkan sebuah skrip lakonlayar, sekurang-kurangnya sepanjang 60 minit atau seelok-eloknya 90 minit yang akan didaftarkan terus kepada SWAM untuk dipasarkan.

 

Peserta akan menerima:

  1. Senaskah skrip contoh (telemovie 90 minit)
  2. Contoh cadangan telemovie untuk penerbit
  3. Contoh cadangan telemovie untuk RTM
  4. Nota ringkas
  5. Perisian Final Draft (format lakonlayar standard antarabangsa)

 

Profil Fasilitator:

 

Sujiah Salleh berkelulusan ijazah pertama dalam bidang Komunikasi Massa (Kewartawanan) dari ITM (kini UiTM) dan ijazah Sarjana Sains Perfileman (MSc Film) dari Boston University, Massachusetts, USA. Kerjaya beliau silih berganti diantara menjadi wartawan di BERNAMA, The New Straits Times, The Malaysian Tatler dan The Star, dan sebagai pensyarah di ITM, USM dan Limkokwing University College. Dalam masa yang sama beliau juga menulis skrip untuk radio dan TV disamping menjadi pensyarah sambilan berkala di UKM, UPM, ASWARA, USIM dan Sime Darby Business School. Karya-karya beliau  mula disiarkan di TV sejak tahun 1984. Beliau kini menjadi penulis dan pensyarah bebas dan ada kalanya mengarahkan sendiri drama TV yang ditulisnya.

 

Diantara karya terakhir beliau (kesemua melalui RTM):

 

Panggilan Rindu (relemovie khas Hari Raya, 2008)

Misi Sarjana Muda (telemovie 2008)

Dari Mata Arisa (drama bersiri 40 episod, 2008)

Satu Yang Kekal (telemovie khas Hari Raya, 2009)

Fantasi Cinta Teruna (drama bersiri 26 episod bakal disiarkan awal 2011)

 

 

jika anda berminat sila hubungi :

sujiah salleh 0192605455

asmira suhadis 0129844492

 

PEMBAYARAN:

masuk akaun : atas nama : PERSATUAN PENULIS SKRIN MALAYSIA

ACCOUNTN NO: 512790501010.

TOLONG IMFORM SWAM SETELAH ANDA MEMASUKKAN WANG KEDALAM AKAUN

—————————————————————————–

Kursus Penulisan Skrip, 22 Mei 2010

Ahli sila ambil perhatian, kursus sehari penulisan skrip anjuran SWAM bertajuk “Asas Penulisan Skrip: Cara Mudah Menulis” akan diadakan pada hari Sabtu 22 Mei 2010 di FINAS Hulu Kelang bermula 9.00 pagi hingga 4.10 petang. Kursus sehari ini akan memberi pendedahan kepada asas penulisan skrip dengan membina kerangka sebuah skrip filem ataupun telemovie berdurasi 90 minit. Ini satu pendedahan yang sesuai untuk mereka yang baru pertama kali menulis dan ingin menyiapkan sebuah skrip. Bagi mereka yang pernah menulis, ia menawarkan manfaat tersendiri menambah pengalaman menghasilkan sebuah lakon-layar. Peserta akan didedahkan kepada beberapa cara berikut:

  1. Mengenalpasti tag-line dan mencipta log-line.
  2. Membina step out-line kepada punca jalan cerita.
  3. Membina treatment hasil dari binaan jalan cerita yang membentuk scene by scene.
  4. Membina skrip penuh dengan sedikit gambaran lakon-layar.
  5. Menyemak pembangunan skrip berdasarkan asas cerita seperti fore-shadow, inciting incident, climax dan resolve.

Fasilitator penyelaras ialah Mejar Zainal Hayat. Penceramah adalah Sujiah Salleh, Asmira Suhadis dan Othman Hafsham (penceramah undangan). Bayaran penyertaan bagi ahli SWAM ialah RM10.00 sahaja, dan bagi bukan ahli SWAM RM50.00. Di akhir kursus, peserta akan memahami struktur menulis skrip yang digunakan oleh industri dan berupaya menulis beberapa babak cerita dalam bentuk lakon-layar. Sijil akan dikeluarkan kepada peserta yang mengikuti bengkel sepenuhnya. Jika anda berminat atau fikir bengkel ini patut disertai oleh rakan-rakan, sila hubungi segera Leni, S/U Kerja SWAM, 0148319870. Jangan lepaskan peluang ini! (Nota: Mejar Zainal Hayat, Pen. S/U Kehormat SWAM (zaihayat@yahoo.com), adalah Ketua dan Penyelaras bagi hal ehwal pengelolaan kursus dan latihan SWAM.)

MasterClass “Scenic Art” 8-10 Mei 2010 Bersama Michael O’Kane

Semua ahli SWAM sila ambil perhatian,

MasterClass kelolaan Encik Michael O’Kane (yang didatangkan dari Australia) ini adalah di anjurkan oleh FINAS. Ia amat bernilai kepada mereka yang sedang bekerja dalam bidang scenic art atau rekaan set. Peserta terhad 10 – 15 orang sahaja. Bayaran RM500.00 seorang. Sesiapa yang berminat sila hubungi Raja Khairul Azman bin Raja Abdul Karim, FINAS, Tel. 03-41041300/72/73/75/76/78, Faks 03-41041377, E-mel masterclass_bengkel@finas.gov.my

Peluang Ikuti Kursus Mei 2010

Mohon semua ahli ambil pehatian iaitu Pen. S/U  SWAM, Mejar Zainal Hayat dan AJK yang lainnya akan mengendalikan Kursus Penulisan Skrip Filem dan Filem Pendek pada bulan Mei 2010 (tarikh belum dimuktamadkan lagi). Cadangan kursus ini pertama kali diajukan di Mesyuarat JK SWAM pada 21/11/2009 dan asalnya hendak dilaksanakan pada 20/12/2009 tetapi terhalang. Kursus pada Mei 2010 ini dijangka berjalan selama 2 hari – kemungkinannya pada hari kerja – bermula 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Tempat akan dimaklumkan. Penceramah Jemputan dari kalangan ahli SWAM akan berkongsi dengan peserta kursus mengenai kaedah mudah menulis supaya minat peserta tidak mudah pudar dalam usaha menyiapkan senaskhah skrip yang siap lengkap. Yuran Penyertaan bagi ahli ialah RM30.00 dan bagi bukan ahli ialah RM200.00. Kudapan pagi dan petang disediakan. Peserta yang berjaya menamatkan kursus akan mendapat Sijil Penyertaan SWAM. Sesiapa yang berminat sila hubungi Mejar Zainal 012 6517095 atau zaihayat@yahoo.com.

Kursus 2010

Untuk maklumat terkini, sila hubungi swam_malaysia@yahoo.com (Encik Ismail) atau aimless_soul@hotmail.com (Puan Sujiah) atau swambulletin@gmail.com (Datuk Shariff)

Berikut disenaraikan kursus yang dirancang bagi 2010; bagaimanapun senarai ini tertakluk kepada perubahan

(1)     6, 7, 13, 14, 20 Mac – Kursus Penulisan Skrip Drama TV Bersiri [30 peserta]

(2)     10, 11, 17, 18, 25 Apr – Kursus Penulisan Skrip Dokumentari [30 peserta]

(3)     15, 16, 22, 23, 30 Mei – Kursus Penulisan Skrip Animasi [30 peserta]

(4)     26, 27 Jun, 3, 4, 11 Jul – Kursus Pengarahan Filem [25 peserta]

(5)     9, 10, 16, 17, 24 Okt – Kursus Penulisan Skrip Drama TV Bersiri [30 peserta]

(6)     13, 14, 20, 21, 28 Nov – Kursus Lakonan [30 peserta]

Ahli boleh memaklumkan SWAM jika ada cadangan kursus yang berkesan, ada impak dan ada faedah kepada ahli (ceramah atau syarahan 2 jam diikuti soal-jawab juga dialu-alukan). Jika baik cadangan berkenaan, SWAM akan cuba laksanakan dengan mengambilkira kedudukan kewangan sedia ada. Kalau ada penaja, lebih baik peluang untuk dilaksanakan.

————————————————–

2009

Peluang Ikuti Kursus !

KURSUS PENULISAN SKRIN FILEM CEREKA 2009

anjuran SWAM dengan kerjasama FINAS

Tarikh: 27 Sept, 4, 11, 18 & 25 Okt 2009 (setiap Ahad)

Masa: 9.00 am – 5.00 pm

Tempat: Pawagam Mini P. Ramlee, FINAS, Hulu Kelang

Sasaran: SEMUA PENGGIAT SENI  DAN PENGLIBAT INDUSTRI FILEM DAN PENYIARAN

Yang berdaftar dengan SWAM

Yang telah menjalani kursus asas penulisan FINAS atau SWAM

Yang mengikuti kursus di mana-mana IPT yang diiktiraf

Yang telah menyertai Pertandingan Penulisan Skrip FINAS

Yang telah atau akan menghantar lakonlayar untuk Skim Pinjaman Filem Cereka FINAS

Fee: RM300 seorang / RM30 seorang Ahli SWAM

OBJEKTIF

(1)  Memberi pendedahan kepada penulis baru dan latihan semula kepada penulis skrin sedia ada dengan tujuan untuk melahirkan penulis skrin berkualiti.

(2)  Meningkatkan kualiti karya di kalangan penulis dengan menggunakan pendekatan dan kaedah yang betul dalam menggarapkan karya mereka.

(3)  Memperluaskan kegiatan FINAS dan SWAM kepada masyarakat industri perfileman.

BENTUK KURSUS

Kursus dikendalikan mengikut format (a) Ceramah, (b) Aktiviti, dan (c) Latihan.

KEMUDAHAN PEMBELAJARAN

Peserta digalakkan membawa komputer riba (lap-top) masing-masing.

Bayaran Fee

Fee atas nama Persatuan Penulis Skrin Malaysia atau secara tunai perlu dibuat sebelum mengikuti kursus.

Piawai Kursus

Kursus dijalankan untuk lengkap jumlah 40 jam contact hours, sesuai untuk memenuhi syarat minimum pensijilan bagi pembelajaran core subject kursus perfileman satu semester.

Faedah Kepada Produser

Faedah besar bagi produser yang mengikuti kursus ini kerana akan berkeyakinan lebih tinggi untuk membeli skrip setelah tahu apa yang perlu ada di dalam sebuah skrip yang bermutu.

Makan Minum

Minuman ringan disediakan. Makan t/hari tidak disediakan.

Kepada Ahli SWAM

Ahli SWAM yang belum pernah mengikuti kursus ini digesa mendaftar bagi menyediakan diri dengan ilmu dan pendedahan pengalaman ke arah menjadi penulis profesional.

Liabiliti

SWAM tidak bertanggungjawab ke atas kos dan hal lain yang mungkin ditanggung oleh pemohon/peserta kursus ini.

Pertanyaan

Hubungi S/U Kehormat (Datin Rusila) 0162526836, S/U Kerja (Hakimi) 0123991535, 0129892556

—————————————————————————————

PERHATIAN !!!

Ahli-ahli SWAM

Penulis skrin

Warga industri perfileman Malaysia

Pegawai stesyen penyiaran/TV

KURSUS PENULISAN SKRIN DRAMA TV (BERSIRI) anjuran SWAM

Tarikh:   14, 21, 28 Jun, 5 & tamat pada 12 Julai 2009

(setiap Ahad, jam 9 pagi hingga 5 petang)

Hubungi:  swamadmin@gmail.com

swam_malaysia@yahoo.com

http://swammalaysia.wordpress.com

Kursus Penulisan Skrin Drama TV (Bersiri) bagi menjayakan program-program pendidikan dan latihan semula (reskilling) penulis-penulis skrin. Kursus ini dianjurkan dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), demi pembangunan dan kemajuan industri perfileman dan penyiaran tanah air.

Tempat adalah terhad kepada 25 perserta sahaja

Tarikh Tutup Permohonan: 8 Jun 2009

Bayaran:  Ahli SWAM RM30 seorang

Bukan Ahli SWAM RM300 seorang

Bayaran boleh dibuat atas nama Persatuan Penulis Skrin Malaysia dan dihantar kepada alamat berikut:

Persatuan Penulis Skrin Malaysia

Kompleks Studio Merdeka

Jalan Hulu Kelang

68000 Ampang, Selangor

Tel : 012 399 1535      fax: 61412319

6 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. Thank you, SWAM, for the 5-day TV drama series course. There are many others who should participate.

  2. salam…
    saya sekarang berada di w.p labuan so,ada tak kursus jarak jauh untuk penulisan skrip?

  3. salam…
    ada tak kursus penulisan skrip jarak jauh sebab saya kat w.p labuan.

    • Pada masa ini belum ada kursus jarak jauh. Kalau SWAM ada cukup sumber, ini boleh dijalankan.

  4. As’salam.
    Kursus-kursus yang ada diatas :
    Pengarahan Filem.
    Sinematophografi.
    Apa fungsi-fungsi Kursus ini?
    Ada sijil tak?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com. | The Pool Theme.
Entries and comments feeds.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: