Jemputan: Hari Terbuka FINAS 2010
February 18, 2010 at 4:27 pm | Posted in 1 | Leave a commentPerhatian Semua Ahli SWAM
Jemputan Ke Rumah Terbuka FINAS, 20-21 Feb 2010
Anda semua dijemput ke Rumah Terbuka FINAS bertempat di Kompleks Studio Merdeka, Lot 1662 Jalan Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor pada 20 dan 21 Februari 2010 mulai 10.00 pagi. Berbagai acara menarik disediakan pihak tuan rumah. Anda berpeluang mengambil bahagian dan memenangi hadiah.
SWAM mengambil bahagian menjayakan Rumah Terbuka ini dengan mengendalikan sebuah gerai atau “booth” bersama-sama dengan rakan lain persatuan-persatuan perfileman.
Semua ahli SWAM dialu-alukan untuk mengambil bahagian dengan membantu AJK mengendalikan gerai SWAM, khususnya untuk memberi layanan kepada mana-mana pengunjung yang berminat tentang SWAM atau bidang penulisan skrin atau karya kreatif ahli. Sila hubungi S/U Kehormat Puan Sujiah Salleh 0192605455 atau Bendahari Encik Shaari Wahab 0172290911.
Ahli juga berpeluang untuk mengadakan hubungan secara terus dengan produser melalui pertemuan bersemuka yang amat tinggi nilainya dalam proses membina kerjaya anda.
Berilah sokongan kepada aktiviti SWAM ini di samping bersama menjayakan Hari Terbuka FINAS 2010.
INDUSTRI SKRIN BERMULA DI SINI
Sekian, terima kasih.
Datuk Shariff – Tim. Presiden
KURSUS PENULISAN SKRIN FILEM CEREKA 2009
September 4, 2009 at 12:31 pm | Posted in 1 | Leave a commentPeluang Ikuti Kursus !
KURSUS PENULISAN SKRIN FILEM CEREKA 2009
anjuran SWAM dengan kerjasama FINAS
Tarikh: 27 Sept, 4, 11, 18 & 25 Okt 2009 (setiap Ahad)
Masa: 9.00 am – 5.00 pm
Tempat: Pawagam Mini P. Ramlee, FINAS, Hulu Kelang
Sasaran: SEMUA PENGGIAT SENI DAN PENGLIBAT INDUSTRI FILEM DAN PENYIARAN
Yang berdaftar dengan SWAM
Yang telah menjalani kursus asas penulisan FINAS atau SWAM
Yang mengikuti kursus di mana-mana IPT yang diiktiraf
Yang telah menyertai Pertandingan Penulisan Skrip FINAS
Yang telah atau akan menghantar lakonlayar untuk Skim Pinjaman Filem Cereka FINAS
Fee: RM300 seorang / RM30 seorang Ahli SWAM
OBJEKTIF
(1) Memberi pendedahan kepada penulis baru dan latihan semula kepada penulis skrin sedia ada dengan tujuan untuk melahirkan penulis skrin berkualiti.
(2) Meningkatkan kualiti karya di kalangan penulis dengan menggunakan pendekatan dan kaedah yang betul dalam menggarapkan karya mereka.
(3) Memperluaskan kegiatan FINAS dan SWAM kepada masyarakat industri perfileman.
BENTUK KURSUS
Kursus dikendalikan mengikut format (a) Ceramah, (b) Aktiviti, dan (c) Latihan.
KEMUDAHAN PEMBELAJARAN
Peserta digalakkan membawa komputer riba (lap-top) masing-masing.
Bayaran Fee
Fee atas nama Persatuan Penulis Skrin Malaysia atau secara tunai perlu dibuat sebelum mengikuti kursus.
Piawai Kursus
Kursus dijalankan untuk lengkap jumlah 40 jam contact hours, sesuai untuk memenuhi syarat minimum pensijilan bagi pembelajaran core subject kursus perfileman satu semester.
Faedah Kepada Produser
Faedah besar bagi produser yang mengikuti kursus ini kerana akan berkeyakinan lebih tinggi untuk membeli skrip setelah tahu apa yang perlu ada di dalam sebuah skrip yang bermutu.
Makan Minum
Minuman ringan disediakan. Makan t/hari tidak disediakan.
Kepada Ahli SWAM
Ahli SWAM yang belum pernah mengikuti kursus ini digesa mendaftar bagi menyediakan diri dengan ilmu dan pendedahan pengalaman ke arah menjadi penulis profesional.
Liabiliti
SWAM tidak bertanggungjawab ke atas kos dan hal lain yang mungkin ditanggung oleh pemohon/peserta kursus ini.
Pertanyaan
Hubungi S/U Kehormat (Datin Rusila) 0162526836, S/U Kerja (Hakimi) 0123991535, 0129892556
Pendaftaran Karya Di SWAM
August 25, 2009 at 10:20 pm | Posted in 1 | Leave a comment25Ogos2009: Pendaftaran Karya Di SWAM
Mengapa ahli disaran mendaftar karya mereka pada SWAM? Apa faedahnya? Kalau tak mahu daftar boleh tak? Ini soalan-soalan yang wajar! Sebagai menjelaskannya, mendaftar karya pada SWAM TIDAK WAJIB! Tak ada undang-undang memaksakan pendaftaran ini, oleh itu penulis bebas untuk tidak mendaftarkan karya. Ia sama seperti kebebasan pemilik kereta untuk tidak mengunci keretanya bila diletak di mana-mana! SWAM rasa bertanggungjawab menyarankan ahli mendaftar karya masing-masing sebagai perlindungan. Mengapa disarankan? Sebab ia menjaga kepentingan Harta Intelek (IP) ahli. Pendaftaran ini satu Pemakluman Sukarela atau Voluntary Notification kepada SWAM bahawa skrip itu adalah karya penulis dan beliau yang memegang hakcipta dan didaftarkan pada satu tarikh tertentu. Penulis tidak dikehendaki kemukakan keseluruhan karya penulisannya – memadai dengan butiran karya sahaja – dan dengan Akuan Berkanun mengenainya. Faedahnya timbul jika berlaku pelanggaran hakcipta dan menjadi kes mahkamah – sungguhpun kita harapkan ini tidak akan terjadi! Penulis boleh membuktikan karya tersebut pernah didaftarkan pada badan yang berwibawa dalam bidang penulisan (iaitu SWAM) pada sekian-sekian tarikh, ada sijil dikeluarkan oleh SWAM (fee RM10.00). Penulis kena simpan selamat Sijil ini. Kalau masih perlu penjelasan, hubungi Tim. Presiden 0192385577. Untuk mendaftar karya, isi Borang Permohonan Pendaftaran. Borang ini boleh dikirimkan melalui e-mel atas permintaan; boleh juga fotostat. PS: (1) Fee bagi bukan ahli ialah RM50.00 per karya per sijil. (2) Butiran Karya – terdiri daripada (a) Tajuk Penulisan, (b) Genre, (c) Medium, (d) Format, (e) Bil. Muka Surat, (f) Durasi, dan (g) Log-line / Central Paradox / Single Line Idea / Sinopsis.
Pitching Secara Santai
June 27, 2009 at 2:13 am | Posted in 1 | Leave a commentJom Mesra Bersama SWAM
Pitching Santai Pada 10/6/2009 bermula 8.00 malam majlis santai Jom Mesra Bersama SWAM berlangsung di Restoran Lemon MINES Shopping Fair, Seri Kembangan. Seramai 60 peserta terdiri penulis ahli SWAM dan produser mendaftar mengambil bahagian, termasuk wakil media. Produser En. Othman Hafsham yang turut menyertai majlis menyarankan penulis memastikan mendapat satu salinan rakaman karya mereka yang telah diproduksikan / disiarkan sebagai bukti.
Presiden SWAM En. Ismail menyampaikan Sijil Penghargaan kepada En. David Teo, produser Metrowealth. Kanan sekali S/U Kehormat Datin Rusila selaku MC.
En. David Teo mengumumkan Metrowealth menerima cadangan karya (dalam bentuk sinopsis sahaja) daripada penulis melalui e-mel david@metrowealth.com.my. Jika cadangan diterima, pihaknya akan menawarkan harga mengikut kadar syarikatnya. Turut menyertai sesi pitching santai ini ialah wakil PPTVM, Makmur Megah dan Mufira Entertainment. Ahli membayar RM10 bagi menyertai sesi ini (termasuk AJK), sementara bukan ahli RM30. Beberapa hadiah cabutan bertuah dimenangi ahli termasuk 2 baucar melancong.
Master Class Sinematografi 20-24 Julai 2009
June 19, 2009 at 5:42 pm | Posted in 1 | 2 CommentsPerhatian semua ahli!
Master class anjuran FINAS ini akan dikendalikan oleh Mr. Mike Muschamp dari Britain yang berpengalaman luas dalam bidang sinematografi untuk filem cereka, iklan, dokumentari dan drama TV. Ahli yang berminat sila kemuka permohonan kepada FINAS (Yuran Pendaftaran RM250.00). Ada tapisan permohonan.
Hubungi segera Raja Khairul Azman, Bahagian Latihan FINAS Tel 03 41041300 / 73 / 74 / 75 / 76 / 78, Fax 03 41041377, E-mel masterclass_bengkel@finas.gov.my.
Rebutlah Peluang Menjual Karya Anda !
June 12, 2009 at 12:34 pm | Posted in 1 | 4 CommentsTags: karya, script, skrip
KEPADA SEMUA AHLI!
REBUTLAH PELUANG MENJUAL KARYA ANDA !
PROJEK FILEM
ASTRO SHAW SDN BHD
Elemen-elemen filem yang ingin diterbitkan:
- Cerita mesti berkenaan kebudayaan atau sejarah Malaysia, atau kombinasi antara kedua-duanya. Namun cuba elakkan isu berkaitan politik dan perkauman.
- Filem dalam Bahasa Malaysia, namun sinopsis/treatment/skrip boleh ditulis dalam Bahasa Inggeris.
- Cerita yang boleh meninggalkan impak kepada industri perfileman Malaysia serta mampu memperkenalkan identiti Malaysia ke pentas antarabangsa.
- Cerita juga perlu mampu menembusi pasaran luar negara.
- Cerita perlu mempunyai unsur komersial yang mampu memberi pulangan kepada pelaburan yang dibuat Syarikat.
- Tidak ada genre tertentu yang ditetapkan, hanya terpulang kepada penulis.
Bagaimana?
- Penulis hendaklah menghantar sinopsis tidak lebih daripada 3 mukasurat.
- Penulis boleh menghantar sebanyak mungkin sinopsis, namun hanya satu yang terbaik akan dipilih untuk ke peringkat seterusnya.
- 10 penulis yang terbaik akan dipanggil untuk sesi pitching bersama panel penilai Astro Shaw.
- Hanya 6 sinopsis akan dipilih untuk dikembangkan menjadi treatment. Treatment hendaklah ditulis dalam bentuk “babak demi babak”. Jumlah muka surat tidak dihadkan. Sejumlah bayaran akan diberikan pada peringkat ini.
- Daripada 6 treatment, hanya 3 yang terbaik akan dikembangkan menjadi skrip.
- Terdapat 3 draf skrip bagi 3 cerita yang terpilih tersebut. Setiap draf akan menerima bayaran. Ketiga-tiga skrip ini bakal menjadi hak milik Astro Shaw Sdn Bhd.
- Hanya 1 skrip terbaik akan diterbitkan. Skrip ini akan diberikan bayaran tambahan berdasarkan kepada harga pasaran.
- Tarikh tutup untuk menghantar sinopsis ialah pada 22 Jun 2009 (Isnin).
Sinopsis boleh dihantar melalui e-mel ke noraini_ridzuan@astro.com.my atau melalui pos kepada:
Noraini binti Ridzuan
Penyelaras Kreatif
Astro Shaw Sdn Bhd
Unit 1, Tingkat 5, Blok C, MINES Waterfront Business Park
The MINES Resort City
43300 Seri Kembangan
Selangor
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Noraini di talian 03-95436688 samb. 3118.
STRUKTUR PEMILIHAN SKRIP PROJEK FILEM, ASTRO SHAW SDN BHD
1. SINOPSIS
Penerimaan sinopsis
Penapisan sinopsis
Pitching untuk 10 sinopsis terbaik
Tiada bayaran diberikan
2. TREATMENT
6 sinopsis dipilih untuk dijadikan treatment
Bayaran RM2,000 bagi setiap treatment
3. SKRIP DRAF 1
3 treatment dipilih untuk dijadikan skrip
Bayaran RM3,000 bagi setiap skrip draf 1
4. SKRIP DRAF 2
Skrip diperbaiki sebelum dihantar sebagai draf 2
Bayaran RM2,000 bagi setiap skrip draf 2
5. SKRIP DRAF 3
Skrip diperbaiki sebelum dihantar sebagai draf 3
Bayaran RM2,000 bagi setiap skrip draf 3
KURSUS PENULISAN SKRIN DRAMA TV BERSIRI ANJURAN SWAM
May 26, 2009 at 10:09 am | Posted in News | Leave a commentPERHATIAN !!!
Ahli-ahli SWAM
Penulis skrin
Warga industri perfileman Malaysia
Pegawai stesyen penyiaran/TV
Jom MESRA BERSAMA SWAM
May 14, 2009 at 9:36 am | Posted in 1 | 1 CommentProgram “Jom MESRA BERSAMA SWAM !”
Peluang keemasan memperkenalkan diri dan karya anda!
Tarikh 10 JUN 2009, Restoran Lemon, Mines Shopping Complex, Sri Kembangan, 8.00 -11.00 malam. Produser, wakil stesen TV dan media diundang ke majlis ini. Anda berpeluang bertemu produser terkenal, En. David Teoh, juga seorang ahli seumur hidup SWAM. Semua ahli disaran menyertai.
Sahkan kehadiran sebelum atau pada 7 Jun 2009 melalui telefon / sms 0162526836, 0123991535 atau e-mel swamadmin@gmail.com. Bayaran penyertaan RM10.00 seorang.
Acara yang dirancangkan ialah:
• Sesi suai-kenal sesama ahli SWAM, lama dan baru, bagi mengeratkan tali silatulrahim untuk faedah bersama
• Sesi pitching one-to-one dengan produser, personaliti filem dan TV dan wakil stesen TV
• Sesi jaringan / networking
• Cabutan Bertuah (Baucar Penginapan, Hamper)(Ahli sahaja)
Bagi kelancaran sesi pitching one-to-one, ahli digesa menyediakan Profil Karya masing-masing. Contoh format boleh didapati di http://swammalaysia.wordpress.com atau juga di www.sinemamalaysia.com.my. Sila hantar Profil Karya yang lengkap ke e-mel swamadmin@gmail.com atau terus ke Pejabat SWAM di FINAS (sinopsis tidak lebih 1 muka surat). Semoga karya anda berhasil memikat hati produser dan eksekutif stesen TV.
Jika penyertaan kurang daripada 20, SWAM berhak membatalkan program bagi mengelakkan masa tetamu jemputan terbuang.
Sertai SWAM !
April 19, 2009 at 4:06 am | Posted in 1 | 8 CommentsTags: ahli swam
“INDUSTRI SKRIN BERMULA DI SINI !”
J A D I L A H A H L I S W A M !
Pendaftaran RM100
Ahli Biasa RM50 setahun
Ahli Siswa RM20 setahun
Ahli Bersekutu RM350 setahun
Ahli Seumur Hidup RM500
****************************************************************************************************************
Apa Faedahnya Menjadi Ahli SWAM?
- Berpeluang memperolehi pendapatan yang lumayan sebagai seorang penulis skrin profesional.
- Berpeluang mencipta nama sebagai salah seorang pengamal industri filem yang penting. Anda adalah “arkitek impian” bagi industri.
- Berpeluang mempelajari selok belok urusan menjual karya anda di samping mengelakkan karya anda daripada menjadi mangsa lanun hakcipta.
- Berpeluang berjumpa dan bertemubual dengan penulis-penulis skrin yang berjaya dan berpengalaman untuk mendapatkan nasihat dan petunjuk.
- Berpeluang mengikuti kursus, seminar dan bengkel dengan percuma atau dengan harga diskaun.
- Berpeluang mempercepat proses menimba ilmu dan kemahiran melalui pertemuan bersemuka dengan ahli-ahli lain.
- Berpeluang membuktikan komitmen untuk memberi sumbangan dan memartabatkan kerjaya bidang penulisan skrin yang anda minati.
- Berpeluang dipilih memimpin SWAM melalui Mesyuarat Agung setiap dua tahun untuk membawa penambahbaikan dan perubahan positif yang menguntungkan semua ahli dan persatuan.
Blog at WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.
